:
PENSIJILAN


GARIS PANDUAN PENSIJILAN KHARRIJ (GRADUAN) MUSP

  1. Setiap bakal graduan (Pengajian Islam dan Bahasa Arab dan Pengajian Tajwid wal Qiraat) pada setiap tahun dikehendaki mengisi borang maklumat diri untuk kegunaan Lajnah Syahadah.
  2. Setiap bakal graduan (Pengajian Syahadah) dikehendaki mengisi borang maklumat diri sebelum mengambil peperiksaan Syahadah 30 Juzuk Al-Quran.
  3. Semua jenis sijil (asli) hanya akan diberikan kepada semua graduan yang telah mengisi borang maklumat diri selepas tamat pengajian madrasah bagi tahun tersebut.
  4. Semua pengeluaran sijil yang pertama kali akan dikenakan bayaran sebanyak rm 10 untuk sijil dan rm25 untuk folder sijil yang eksklusif.
  5. Sijil/syahadah asli hanya akan dikeluarkan sekali sahaja bagi setiap graduan yang menamatkan pengajian di MUSP.
  6. Setiap graduan dikehendaki menurunkan tandatangan pada Buku Daftar Ambil Syahadah terlebih dahulu sebelum mengambil sijil/syahadah.
  7. Sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa jua bentuk kemusnahan yang berlaku ke atas sijil asli disebabkan oleh kecuaian graduan atau bencana alam adalah merupakan tanggungjawab graduan sendiri.
  8. Setiap graduan yang ingin mendapatkan salinan sijil/syahadah dikehendaki membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan keizinan daripada Mudir MUSP.
  9. Setiap salinan sijil/syahadah akan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 bagi kali pertama dan RM50.00 bagi kali yang berikutnya.
  10. Salinan sijil/syahadah akan dikeluarkan selepas seminggu (hari bekerja) dari tarikh permohonan keizinan dibuat.
  11. Semua urusan tandatangan Masyaikh Dauratul Hadith (bagi graduan Pengajian Islam dan Bahasa Arab) hendaklah dibuat sendiri oleh graduan pada waktu rasmi madrasah sahaja.
  12. Selain daripada perkara-perkara di atas, pihak madrasah berhak meminda atau menambah sebarang garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap graduan.